SEJARAH KAMPUNG SRI GUNUNG PULAI
Kampung Sri Gunung Pulai, telah dibuka pada tahun 1995 oleh dua sahabat iaitu Allahyarham Encik Mohid Bin Kassan dan Allahyarham Encik Ahmad Sufian Bin Ishak.
NAMA KAMPUNG
Kampung Sri Gunung Pulai diambil berdasarkan kedudukan yang terletak dikaki Gunung pulai. Selain itu, terdapat banyak pokok pulai disekitarnya menjadi faktor utama nama itu dipilih.
MATLAMAT KAMPUNG
Kampung Sri Gunung Pulai merupakan sebuah kampung tradisional yang menitikberatkan pembangunan prasarana dan modal insan. Pihak JKKK dan penduduk sedaya upaya akan berusaha memastikan kampung ini harmoni dan maju jaya.
VISI DAN OBJEKTIF KAMPUNG
Memastikan masyarakat sihat dan produktif, melahirkan masyarakat yang berpendidikan, memastikan kampung sentiasa bersih, indah dan ceria. Memupuk semangat kerjasama penduduk, membentuk modal insan yang berasakan Al-Quran dan Al-Hadis.
Penghargaan kepada sebahagian tenaga pengajar daripada pelajar DPLI-GSTT Universiti Teknologi Malaysia kerana mengajar kami belia-belia kampung untuk menghasilkan sebuah blog rasmi kampung.

No comments:
Post a Comment